PROGRAM UTAMA
Pengairan | Saliran | Pengurusan Sungai | Pengurusan Pantai |Hidrologi
FUNGSI UTAMA
Pengairan dan Saliran Pertanian
Membangun, mengendali dan menyelenggara kemudahan-kemudahan pengairan, saliran dan tebatan banjir serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai bagi mendokong pembangunan dan kemajuan sektor pertanian, khususnya bagi faedah sektor pekebun-pekebun dan petani-petani kecil.
Saliran Bandar dan Tebatan Banjir
Mengkaji, merancang dan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di kawasan bandar bagi mengurangkan kejadian banjir yang berlaku di negeri ini bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk dan mengurangkan kerosakan harta benda. Memberi ulasan terhadap permohonan pembangunan perumahan, menukar syarat kegunaan tanah, mengeluarkan tanah bukit dan perkara-perkara lain yang terlibat dengan Enakmen Air.
Kejuruteraan Sungai
Mengkaji, merancang dan melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai di negeri Perlis dengan melindungi nyawa, harta benda dan kawasan-kawasan pertanian serta menyediakan kemudahan rekreasi di sepanjang koridor sungai.
Kejuruteraan Pantai
Memungut data-data mengenai kejuruteraan pantai untuk mengesan hakisan dan bagi kegunaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam perancangan dan rekabentuk projek-projek spesifik dan untuk tujuan penyelidikan. Menjalankan kerja-kerja mengawal dan mencegah hakisan pantai.
Hidrologi dan Sumber Air
Mengumpul data hidrologi diseluruh negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pengurusan sumber air yang dikendalikan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.